Blogger Backgrounds
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, 23 October 2011

jubah zaman sekarang!!huhuhuh






Jubah-jubah yang dipakai mereka sudah hilang faedah dan hikmahnya di sisi Islam. Memang Jubah mereka labuh dan tidak menampakkan warna kulit, tetapi rekaaannya sengaja mengikut potongan badan si pemakai khususnya di bahagian dada dan pinggang. Seolah-olah mereka cuba memasukkan unsur ‘ketat’ dari fesyen kebaya ke dalam fesyen Jubah.
Selain daripada itu, Jubah juga tidak sesuai diperbuat daripada fabrik yang terlalu lembut kerana ia akan melekat di badan. Diburukkan lagi dengan rekaan Jubah yang sendat di bahagian dada, maka akan kelihatanlah bentuk buah dada yang ketara dari luar Jubah. Sekiranya rekaan sesebuah Jubah Muslimah itu direka mengikut lenggok bahagian pinggang, maka di bahagian punggung juga turut akan menjadi sendat. Fabrik Jubah yang terlalu lembut berwarna plain akan menyebabkan bentuk seluar dalam kelihatan dari luar Jubah apabila wanita Islam itu duduk, berdiri dan berjalan. Istighfar !
Tujuan asal Jubah adalah untuk meminimum dan menghalang kesan seksual dari Aurat tubuh wanita ke atas pandangan nafsu syahwat kaum lelaki yang melihat. Tetapi, apa gunanya lagi, jika Jubah pun sudah mula disendat dan di-kebaya-kan akan rekaannya. Apa maknanya Jubah Muslimah sekiranya lelaki boleh terangsang nafsu apabila melihatnya.
Ingatlah, Jubah yang direstui dan diberikan pahala di dalam Islam adalah Jubah Muslimah yang dipakai kerana kesungguhan mahu memelihara Aurat bukannya kerana keseronokan mengikut perkembangan fesyen. Jubah Muslimah yang sebenar mestilahlonggar dan lapang. Maka, rekaan Jubah Muslimah tidak boleh ditempah sendat dan mengikut alur bentuk tubuh wanita.



0 comments: