Blogger Backgrounds
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 30 December 2011

kenapa aku nk solat . . . .istikharah. . .





Solat Sunnat Istikharah
Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.

Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.

Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.

Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.

Tata Cara Shalat Istikharah
Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”


Doa istikharah

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:

doa-istikhaerah
Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir
Ertinya:-
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

Sape baca blog ak nie msti akan kata aku nie pelik2 kn . . .
Erm sebenar nya aku bukan nak kawin or pa2 lh . . just mang niat memandangkn sekang nie mcm sukar untuk melihat di antara dua nie yg lebih sesuai untuk diri ku . . . aku bukan lah nk kata aku nie menjadi rebutan kah pa tapi . . .
Nth lah sukar untuk di tafsirkan . . . . .  so buat masa sekang nie aku just mampu berserah pada yang berkuasa sahaja   . . . . .
Sekiam untuk malam nie . . . ish2 silap lak untuk pagi nie r. . . hehehehe

Monday, 14 November 2011

CEMBURU KHA AKU . . ???????

hahahah . . . .mcm ape je kn tajuk aku tuk aku hari nie . . . ngah bosan2 so x lain dan x bukan aku just on9 jelh . . ttbe aku tgok lh kt sorg teman baru nie . . ek . mcm knal ja nie!! hehehe .Erm pa lgi tugasan pertama tgok semua pic ttba!! jeng . . .jeng...!!! ad pic manusia yg ku kenali huhuhuhhu . .. ttbe aku rase sebak mcm nk mnitiskan air mata tpi da mang jatuh pun air mata nie . . hheheheh.. 
nthlah law nk di kata kn aku suka kt dya xmungkin!!..walaupun dya nie mempunyai paras rupa yg agak cutelh org ckp...heheheh tpi ak xade perasaan pun kt dya . . tpi dye aku x tahu ..lantak lh ..ape2 pn lantak llh nk anggp aku nie kekasih ker,kawan ker,adk angkat ker . . heheh adk angkt tu yg x ble blah sgt  heheheh. . bt masa nie perasaan jatuh cinta or syg kt seseorang tu teramatlah susah untuk di pupuk . . bkn niat untuk mepermainkan hati lelaki tetapi kekadang kita jgn lh berharap sgt pada mereka sepenuh nya sbp bla hati da terlampau syg da terlampau cinta tu yg membuatkn kita sakit untuk menerima jika mereka tnglkn kita kelak.. . . . . . 

<<<huhuhuhuh . . .belajar dari kesilapan lalu>>>

Friday, 11 November 2011




Ya Rabb, Inilah pengakuanku.
Aku berzina, terang-terangan dalam penglihatanMU….

Ya Allah…. Dadaku berdetak.
Tangan dan tubuhku menggeletar.
Menantikan pengadilan di hadapanMU.

Akhirnya malaikat itu datang.
Membawa catatan amalanku di dunia.

Dibukanya layar….
Ditampilkan seluruh aktiviti duniaku.
Apa yang dilihat, sangat membuatkanku menyesal….

Ya Rabb, kenapa mulutku tidak dapat berbicara?
“Aku dulu selalu melihat wajah tampan lelaki bukan muhrim!” Ku dengar mata berbicara lantang.

Lalu terlihat di layar, aku sedang menatap wajah-wajah tampan teman chatting, teman facebook, dan semua teman lelakiku.

Malunya aku, Rabb…
“Aku dulu selalu mendengar kalimat mesra dari seorang lelaki yang haram bagiku!” Kali ini telingaku bicara.

Ya, semasa di dunia aku hanya sibuk bergayut dengan kekasihku. Dia memanggil aku ‘sayang’, aku pun sama…

Rabb… Kenapa semua aktiviti aku penuh maksiat?
Kenapa kegiatanku hanya berkapel?
Kenapa hari-hariku hanya disibukkan dengan nafsu syahwat semata?

Layar itu masih memancarkan kegiatan harianku.
Yang paling sering muncul adalah wajah seorang lelaki, yang sampai sekarang belum pernah aku temui.
Walaupun sehingga ajalku menjemput,
Aku sedang bergayut telefon dengan dia dan bersayang-sayangan dengannya.

Lelaki itu..
wajahnya sungguh menarik hatiku.
Dialah salah satu teman facebook, laman itu yang paling terkenal dan rancak digunakan…

Komunikasi di facebook, berlanjutan ke sms, lalu telefon.
Sekadar mengingatkan untuk sarapan dan makan. Setelah itu, semakin intim hubungan kami.
Tengah malam selalu menjadi waktu paling menyenangkan bagi kami. “Sayang, aku mencintaimu…”

Ya Tuhan.. Sia-siakah hariku?

Tiap detik aku menghabiskan waktuku hanya untuk menghubungi dia.
Tiap minit aku hanya memikirkannya.
Bahkan pada waktu menghadapMU… aku tak mengalunkan ayat-ayatMU, apalah lagi qiamullail..

Rabbi… Malam itu dia menghubungiku. Malam kematianku.
Seperti biasa, dia menanyakan khabarku, bertanya tentang kuliahku, bertanya tentang keluargaku.
Dan hal yang selalu kami lakukan…

Dia memanggilku ‘sayang’ dan akupun demikian….

Aku sungguh menaruh hati padanya. Aku pun mencintai dia, seorang lelaki yang belum pernah aku temui.

Allah… Aku mengaku salah.
Aku berkapel dengannya, walaupun kami tak pernah bertemu.
Aku berzina! Lidahku berzina mengucap sayang padanya tanpa didasari ikatan pernikahan.
Telingaku berzina mendengarkan pujian sayang dan kalimat mesranya padaku. Mataku berzina melihat foto-fotonya. Hatiku berzina kerana selalu merindukannya.

Allah… Aku sudah menghadapMU, dalam su’ul khatimah.

Ku mohon, sedarkan lelaki itu Ya Allah.

Jangan biarkan dia mati dalam keadaan seperti itu. Sedarkan dia ya Rabb…
Facebook, semuanya bermula. Allah, aku berzina. Seberapapun kecil pun, aku sudah berzina.

Mataku, telingaku, lidahku, hatiku…..
Menitis air mata ini. Andai aku dapat kembali ke dunia lagi….

Wednesday, 9 November 2011


nie my syg yg ucuk adk kepada awis n ejan .. . . 
skang ngn mok2 heheheheh...
x sbr nie maw blik rumah hehehhehheehheehheeh


Tuesday, 8 November 2011

mengapa lelaki meninggalkan wanita??



 Hubungan yang bermula bahagia boleh berakhir dengan kehancuran.
Kenapa pasangan anda sanggup meninggalkan anda?Pernahkah anda terfikir apakah sebab utama yang menyebabkan pasangan anda (kini bekas pasangan) sanggup melepaskan ikatan cinta terhadap anda dan memilih insan yang lain sebagai ganti?
Mengapa Lelaki Meninggalkan Wanita

Lelaki adalah makhluk yang ego. Namun, lelaki tidak suka menyakiti hati wanita. Lelaki dijadikan Tuhan untuk mejadi khalifah di muka bumi ini. Dan sebagai seorang yang bergelar pemimpin, lelaki memerlukan satu benda yang teramat penting sekali. Benda ini berbentuk perasaan.Perasaan ini adalah punca lelaki sanggup bergaduh sesama sendiri demi memilikinya. Perasaan ini menyebabkan seorang lelaki sanggup memberi sepenuh kasih sayang dan cinta yang tidak berbelah bagi terhadap wanita.

Sebaliknya, ketiadaan perasan ini akan menyebabkan kaum lelaki dahaga, sehingga pada satu tahap, jika keinginan ini tidak dipenuhi, maka , kaum lelaki sanggup bertindak secara ‘desperate’ demi mencari perasaan ini.Saya pernah melihat lelaki meninggalkan isteri dan kekasih mereka demi mengejar benda ini. Sungguh saya tidak percaya pada mulanya tetapi hakikatnya seorang lelaki sememangnya memerlukan…
…PENGHARGAAN dari seorang wanita yang bergelar teman hidupnya.

Biar saya terangkan.
Sewaktu mula hangat bercinta dulu, kaum wanita biasanya amat prihatin dengan kecantikan diri- menghiasi diri dengan pakaian cantik, wangian yang menggoda dan mudah ketawa dengan lawak jenaka yang dibuat oleh kaum lelaki.



Hangat. Mesra. Indah….
Sedang masa berlalu, kaum wanita sudah mula bersifat sambil lewa, tidak kisah lagi pilihan pakaian yang sesuai, dan tidak menumpukan perhatian ketika lelaki sedang bercakap. Lawak jenaka yang sewaktu ketika dulu berjaya menghasilkan senyuman tawa riang, sekarang hanya disambuti senyuman ala kadar dan cukup syarat.Jangan anda salah faham, lelaki tidak akan meninggalkan wanita kerana wanita lain yang lebih cantik dan langsing. Lelaki sebenarnya amat memerlukan penghargaan dari seorang wanita. Penghargaan ini adalah ‘driving force’ dan juga penerimaan terhadap identiti diri seseorang lelaki.

Wanita kadangkala tidak sedar diri mereka sebenarnya menyampai satu mesej separa sedar terhadap lelaki yang berbunyi

“Aku tidak menghargai kau lagi”.
1 Bila lelaki bercakap mengenai impiannya…
Wanita tidak mendengar sebaliknya mengubah topik perbualan.

2 Bila lelaki bercerita mengenai kejayaannya…
Wanita tidak memberi pujian dan galakan yang sewajarnya.

3 Bila lelaki bercerita mengenai kisah dukanya…
Wanita tidak memberi motivasi dan sebaliknya, meluahkan kekecewaannya.

Kesimpulannya, lelaki amat dahagakan PENGHARGAAN.
Lelaki sanggup meninggalkan pasangannya demi mencari seseorang yang boleh memberinya PENGHARGAAN.

Jika anda seorang wanita, ini tidak bermakna anda harus menjadi hipokrit dalam komunikasi anda dengan pasangan anda. Anda hanya perlu pandai mengimbangi energi negatif dan positif(push and pull) mesej anda agar self-estim pasangan anda tidak runtuh. Anda harus cetuskan keadaan di mana pasangan anda berasa dihargai.

Itulah sebab utama lelaki meninggalkan wanita dan itulah juga sebab lelaki menjadi Sang Kekasih di dalam kehidupan anda jika anda boleh memberinya satu PENGHARGAAN yang ikhlas.


Aku Ingin Mencintainya Dengan Sebenar


  
Ya Allah, betapa aku malu atas apa yang telah engkau berikan sebagai manusia, segala khilaf tertuju padaku, sungguh tidak ada apa-apa pada diriku yang kecil ini.

Terlena, sungguh aku sering terlena pada pesona nafsu dunia dan diri. Aku ingin kembali, tertunduk pilu dalam sujud syukur kembali pada cahayaMu..


Ya Rabbi, menghamba padaMu adalah tujuan akhir penantianku, setiap degupan yang berdetak kerana Izin KuasaMu. Setiap langkah yang tak putus beriring dengan Asmamu Ya Rabbi.

Segala keluh kesah hanya tercurah padaMu, tidak akan berkat langkahku tanpa redha Mu Ya Rahman. Cahaya Mu, cahaya dalam sepi hidup menjadi senyum ikhlas yang tak putus pada Rahmat Mu, melahirkan kembali kepada fitrah yang suci dengan Selawat yang menggema pada jagat raya Mu.



Dalam sepi, aku sering hilang, tidak mengingati Mu, namun Engkau tetap menjagaku dalam nikmatnya nafas yang ku hembus dalam raga, tak putus-putus Engkau mengingatkanku dan Halusnya Peringatan Mu. Tidak Engkau terus memberikanku hukuman, walaupun betapa kuasanya diriMu Ya Robbi.

Sujud yang mengalun merdu dalam sepertiga malam membuat terhanyut dalam ribuan titisan air mata taubat.. Sebiji zarrah pun dihitung baik kebaikan dan keburukan.. Berkatilah kami ya Rabbi..



“aku ingin mencintaiMu setulusnya sebenar-benar aku cinta dalam doa, dalam ucapan, dalam setiap langkahku, aku ingin mendekatiMu selamanya sehina bagaimanapun diriku, kuberharap untuk bertemu denganMu ya Rabbi.. .. “

hilangkan semua bebanan anda


Seorang pensyarah mengangkat segelas air dan bertanya kepada pelajarnya “Anda semua teka berapa berat segelas air ini?”
Mahasiswa menjawab, mereka meneka dari 5 liter sampai 200 liter.
” Sebenarnya, jawapan anda ada yang betul tapi apa yang hendak saya sampaikan hari ni ialah bukan masalah berat kandungannya, tapi bergantung berapa lama anda memegangnya.

Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah. Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan sakit. Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggilkan ambulans untuk saya. Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan semakin berat”.

“Jika kita membawa beban kita secara berterusan, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya”. “Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, rehat sekejap sebelum mengangkatnya lagi”.

Kita harus meninggalkan beban kita secara berkala, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi. Jadi sebelum pulang ke rumah dari pekerjaan petang ini, tinggalkan beban pekerjaan. Jangan bawa pulang. Beban itu dapat diambil lagi besok.

Apapun beban yang ada di bahu anda hari ini, cuba tinggalkannya sekejap jika boleh. Setelah berehat nanti boleh diambil lagi……Hidup ini singkat, jadi cubalah menikmatinya!! Perkara terindah dan terbaik di dunia ini tidak dapat dilihat, atau disentuh, tapi hanya dapat dirasakan jauh di dalam hati anda.



Monday, 7 November 2011

10 petanda si dia adalah pasangan anda



Jodoh, ajal dan maut adalah takdir yang sudah tersurat tetapi kita akan dapat merasai apabila kita melihat pada wajah si dia yang bakal menjadi teman sehidup semati. Tak percaya? Pada Sesetengah couple yang bahagia dan sudah berkahwin, cuba korang flashback balik saat-saat korang mula berjumpa, adakah sama dengan yang kekasih yang pernah anda jumpa sebelum dia. Pasti korang akan perasan yang pandangan pertama anda pada si dia lain kerana si dia lah jodoh anda, jom baca lagi reaksi-reaksi pasangan yang mungkin sudah ditakdirkan jodoh anda:
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Sunday, 6 November 2011

cara make up n alatan make up:)







Sunday, 23 October 2011

jubah zaman sekarang!!huhuhuh






Jubah-jubah yang dipakai mereka sudah hilang faedah dan hikmahnya di sisi Islam. Memang Jubah mereka labuh dan tidak menampakkan warna kulit, tetapi rekaaannya sengaja mengikut potongan badan si pemakai khususnya di bahagian dada dan pinggang. Seolah-olah mereka cuba memasukkan unsur ‘ketat’ dari fesyen kebaya ke dalam fesyen Jubah.
Selain daripada itu, Jubah juga tidak sesuai diperbuat daripada fabrik yang terlalu lembut kerana ia akan melekat di badan. Diburukkan lagi dengan rekaan Jubah yang sendat di bahagian dada, maka akan kelihatanlah bentuk buah dada yang ketara dari luar Jubah. Sekiranya rekaan sesebuah Jubah Muslimah itu direka mengikut lenggok bahagian pinggang, maka di bahagian punggung juga turut akan menjadi sendat. Fabrik Jubah yang terlalu lembut berwarna plain akan menyebabkan bentuk seluar dalam kelihatan dari luar Jubah apabila wanita Islam itu duduk, berdiri dan berjalan. Istighfar !
Tujuan asal Jubah adalah untuk meminimum dan menghalang kesan seksual dari Aurat tubuh wanita ke atas pandangan nafsu syahwat kaum lelaki yang melihat. Tetapi, apa gunanya lagi, jika Jubah pun sudah mula disendat dan di-kebaya-kan akan rekaannya. Apa maknanya Jubah Muslimah sekiranya lelaki boleh terangsang nafsu apabila melihatnya.
Ingatlah, Jubah yang direstui dan diberikan pahala di dalam Islam adalah Jubah Muslimah yang dipakai kerana kesungguhan mahu memelihara Aurat bukannya kerana keseronokan mengikut perkembangan fesyen. Jubah Muslimah yang sebenar mestilahlonggar dan lapang. Maka, rekaan Jubah Muslimah tidak boleh ditempah sendat dan mengikut alur bentuk tubuh wanita.



Monday, 17 October 2011

bersama FORTEEN!!!!

gempak lah wei!!!!!!!












sekian nie je yg dpt aku kongsikan dilaman blog aku untuk kali nie bersama FORTEEN!!!

Saturday, 8 October 2011

teater mari!!!!


Pic teater . . Law pun bnyk rntngan yg mlande sblum teater brlansung 
Namun akhir nye kte smua dpt gak bukti kn yg kte mampu 
Lakukn yg terbaek untuk
Menjayakan teater kita hari nie iaitu 
Pada (8/10/2011) ,,J,, . . .,



                                                           nie ngah bersyair . .. 
                                       malu sebap aku yag mula kn teater tu lu . . .


 Penyair,Burung Dan  Kucing



Group 6 kumpulan 1 dan 2 bergabung meletup!!!!
Mang terbaiklah  Wweeeeiii . . . .. J



Tarian group 2 . . .
Semoga kita semua dapat mempelajari dan memperbaiki 
kesilapan yang lalu dijadikan iktibr kepada kita semua

congratulatoin all.....!!!






Mencorakkan muka nur farhana

(:. .sebelum dan selepas . . :)


Farhana sebelum dan selepas muka ny di ubah suai . . J
Antara banyak2 yang aku make up kn farhana n teh je yg aku tgok agak cntik . . . J

tpi teh tu nti lh aku masukn pic nya aku masuk kn ek . 

.:pSebap ape dorang nie nmpak sgt time kena make up
Sebap dorang nie x pena pakai make up sebelum nie . .
Cantik sgt taw . . . J