Blogger Backgrounds
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 21 August 2013

Salam Takziah kepada keluarga mangsa

Dikala kita bersuka ria ada mereka yang berduka.....Al fatihah ku sedekahkan kepada keluarga mangsa yang telibat dalam kejadian Bas terjatuh di gaung  Genting Highlands...



Gambar bas terjun gaung Genting Highlands - Sebuah bas persiaran terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam 30 meter di KM3.5 Lebuh Raya Karak, Genting Highlands selepas pemandunya hilang kawalan.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 2.45 petang Rabu ketika bas yang melebihi had muatan dengan membawa 49 orang penumpang termasuk pemandu, sedang menuruni Genting Highlands menuju ke Kuala Lumpur. 

Berdasarkan maklumat terkini yang dilaporkan portal berita online, seramai 33 penumpang disahkan maut di tempat kejadian, manakala 16 penumpang lain yang cedera parah berjaya dikeluarkan. Mereka kini dikejarkan ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut









Wednesday, 14 August 2013

cerita 3 pencuri kecil






Assalamualaikum semua...

UUUUURRRRRRRRMMMMM.....bosan nya duduk rumah... so akak izah ajak izah pergi beli barang dapur...





tengah tunggu bas tetiba ada 3 orang budak nie,izah ingat bila tuan rumah dah tak ada kat rumah tu dorang gerak pergi tempat lainlah rupanya sangkaan izah salah....bukan  gerak tempat lain budak2 dok lepak lagi lama2 kat sana...entah sapa yang timbulkan idea salah sorang daripada mereka membuka pintu rumah yang ditinggalkan oleh Tuan rumah tadi... yang peliknya rumah tu tak berkunci ker? ker dorang yang buka guna alat lain.... Pelik2..

padamulanya izah ingat mungkin ada orang lagi kot kat dalam rumah tu.. salah sorang budak keluar rumah sambil menjilat2 jari- jemarinya ....Izah pun  fikir "Erm,ada oranglah kot kalau tak mana dia boleh makan kan...."?

Rupa-rupanya sangkaan izah silap lagi....rupanya rumah tu tak ada orang,macam mana izah tau tak ada orang sebab izah terdengar akan perbualan budak2 tu ...

Budak satu: wei! ko masuk lah sekali wei..!!

Budak Dua: aku takutlah ..berdosa tau masuk rumah orang tanpa kebenaran..


Budak satu :Bapak ko berdosa!!... s##l lah ko ni.. rugilah kalau ko tak masuk kat dalam tu banyak gila kot makanan..!!!

Budak Tiga: A'ah dia ni ...biarlah ko jaga kat luar aku dengan dia nak masuk makan...

budak-budak tersebut bergilir-gilir masuk ke dalam rumah tu Budak Dua yang mulanya memikirkan akan dosa tu pun  terjebak sama.....



Izah tak fahamlah budak2 sekang ni. kalau dari kecil bersikap mcm ni apatah lagi bila dah besar nanti .....hope budak-budak ni berperagai teruk di usia kanak2 je jangan bila besar jadi macam budak tak gunalak yer.....

yang Tuan rumah nie pun satu yang tak  kunci rumah tu dengan sebaik-baiknya tu apa hal.... dah lah tak nak tumpangkan izah ke simpang empat... geram tapi simpati gak ..
balik- umah makanan yang dia penat-penat masak dah habis kena makan oleh kucing besar sgt... A.K.A  (3 penyamun kecil...)

Nasiblah budak2 nie tak mencuri barang2 kemas ker apa ..kalau curi makanan pun sama gak namanya mencuri dan pecah masuk rumah orang  tetap salah gak ...kalau iya pun nak makan sedap dik oi..suhlah mak  masak tak paya nak masuk rumah orang....setakat sabal belacan,sayur apa entah dan telur tu,minta kat mak korang lh ,tak  kanlah mak ko tak masak kot... buat malu betulh budak2 nie ....